Friday, November 6, 2009

Dua Jenis Obat Tradisional Indonesia di Brunei Ditarik Balik

Produk Indonesia banyak beredar di beberapa negara jiran seperti
Malaysia Brunei dan mungkin juga dibeberapa negara Asia lainnya. Namun
pengawasan makanan-makanan tersebut harus superketat, karena bila
ditemui bahan berbahaya juga bisa menurunkan kepercayaan masyarakat
negara lain terhadap produk Indonesi. Seperti dua obat yang ditarik di
Brunei,

Kutipan berita yang ku ambil dari surat kabar mingguan di Brunei:

PELITA BRUNEI

Dua Jenis Obat Tradisional Ditarik Balik

''BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Kementrian Kesihatan telah
mengesan dua jenis ubat tradisi yang dicemari bahan-bahan berbahaya
kepada kesihatan.

Ubat-ubatan tersebut, Lami atau Lasmi Capsules keluaran Herbalinco SM,
Indonesia memgandungi Sibutramine dan Ubat Osam Urat + Ginseng Corea
Tablets keluaran PD Shadew Sinar Jaya, Purwokerto Indonesia
mengandungi Diclofenac Acetaminophen.

Bahan-bahan yang ditemui dalam produk-produk tersebut adakah berbahaya
dan hanya boleh digunakan dengan pengawasan pegawai perubatan.

Sibutramine, sejenis bahan ubat dari barat yang tidak diistiharkan
terkandung dalam produk Lami atau Lasmi Capsules boleh menyebabkan
kesan sampingan yang teruk seperti tekanan darah tinggi, jantung
berdebar dan Insomnia (tidak dapat tidur) dan dalam kes-kes yang teruk
kerosakan buah pinggang dan hati.

Penggunaan Diclofenac boleh menyebabkan rasa mual, cirit-birit,
sembelit dan sakit gastrik (dugal).

Acetaminphen pula digunakan untuk melegakan sakit serta demam panas
dan penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan ruam, tekanan darah
menurun dan penyakit darah manakala penggunaan yang berlebihan boleh
membawa kepada kerosakan buah pinggang dan hati.

Sejauh ini, tidak ada sebarang kebenaran diberikan oleh Kementrian
Kesihatan untuk mengimport dan menjual produk tersebut.

Berikutan laporan itu, produk tersebut tidak dibenarkan untuk diimport
dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Pengguna yang menggunakan produk tersebut dinasihatkan untuk segera
berhenti memakannya dan membuangnya.

Sekiranya pengguna mengalami kesan sampingan yang buruk atau merasa
kurang sihat, mereka dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

Kementrian Kesihatan juga mengingatkan orang ramai yang terlibat dalam
penjualan produk berkenaan bahawa dibawah Akta Racun 1985 adalah satu
kesalahan untuk mengimport, menjual atau menawarkan untuk dijual
mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta
Racun dan jika seseorang itu didapati bersalah, denda sebanyak
BND8,000 atau penjara selama enam bulan akan dikenakan.''

No comments:

Post a Comment